Melangsingkan Badan
Ambil 2 biji limau nipis/kasturi dan perahkan airnya ke dalam gelas.
Kemudian campurkan perahan limau tadi dengan segelas air suam atau sejuk dan kacau.
Minum air limau ni setiap hari selepas makan tengahari dan makan malam.
Seeloknya,tunggu sehingga sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan barulah minum air limau tersebut...
mudah dan murahkan cara ni??...selamat mencuba!!
Mengurangkan Berat Badan
Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.