Petua Ibu

Menegangkan perut selepas bersalin

Perahkan limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih.
Sapukan di sekeliling perut..
Kemudian ikat perut dengan menggunakan bengkung/korset..
Lakukan setiap hari sehingga selesai berpantang..
Insya Allah, perut yang kendur akan kembali tegang

Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin

Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:-

1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari.

2. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari.

3. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi.